Ahad, Ogos 30, 2015

Tolong Pilih Laptop! ASUS Okay?


Menggunakan komputer riba dengan skrin ¾ memang sangat menguji kesabaran. Nak buat macam mana, benda macam ni bukan kita minta pun. Memang dalam hati ada keinginan nak lappy baharu. Tapi bukan dalam masa sekaranglah, nak pula Julai hari tu baru ja beli Oppo N3, dalam 2K lebih sekali dengan aksesori dan memori kad.  Tapi tu lah, benda nak jadi. Dah seminggu lebih guna laptop dalam keadaan yang pelik ni. Nak update blog pun tak ada mood. Nak hantar kedai, just tanya ja hari tu, tak bawa tunjuk lagi, dia dah kata anggaran RM370++. Bila tanya pendapat rakan sekerja dan student, tak ada seorang pun yang suggest repair. Semua suruh beli baru. Nak pula Lenovo yang Muz tengah guna ni dah masuk 7 tahun. Huhu. Legend dah usia dia.



Bacak to the point, Muz dah survey sikit. Baca dalam thread online forum tentang IT semua, ramai suggest ASUS. Dan Muz dah interview pengguna ASUS lebih daripada seorang, dan jawabannya, so far so good. Jadinya, dalam banya-banyak model, yang warna merah hitam macam dalam gambar ni sangatlah menarik hati. Spec dia pun ok! Banyak yang kata beli laptop ikut keperluan. Kalau macam Muz, lebih kepada menaip, tak kisahlah untuk blog, ataupun kerja-kerja sekolah. Office work macam Word, Excel dan Powepoint memang wajib lah. Kalau edit gambar pun guna Photoscape je pon, tak pakai Photoshop.
 
Macam nilah rupa screen lappy Muz sekarang, pic dari Google!
Makanya ASUS A555 series, menarik hati. Tapi dia ada beberapa jenis pula. Tak tahu nak pilih mana satu. Salah satunya yang macam A555LJ-XX031H Red ada 2 tahun waranty. Spec dia macam dekat bawah:



Jadi, agak-agak okay tak model ni? Atau ada cadangan lain, brand ASUS atau yang lain pun tak apa, tapi Bajet bawah RM2500. Help me please... Dah lah kena siapkan soalan Final Exam, paling lewat lepas raya Haji, jadi masalah laptop ni kena kasi selesai cepat sikit. Huhuhu....



1 Komentar:

Write Komentar
Miss
AUTHOR
30/8/15 11:03 PTG delete

Salam.
Abang saya yang sorang pakai acer, abang lagi sorang pakai asus.
Dan saya dapat hadiah laptop acer warna merah sebiji macam dalam gambar. Hihi
For me, acer lah pilihan saya. Sebab dah 7 ke 8 tahun camtu guna acer.
Memang dah serasi. Asus pun okey jugak. Ikut kata hati je lah senang. Hahah ok bai :D

http://ruangmiss.blogspot.com/

Reply
avatar