Selasa, Ogos 18, 2015

Terkilan Diaibkan, Riezman Khuzaimi Perjelas Isu Hutang RM70,000




Pelakon Riezman Khuzaimi berasa terkilan gara-gara diaibkan menerusi laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad mengenai isu hutang dengan pengarah Amie Maziah yang bernilai hampir RM70,000.Riezman berkata, laporan tersebut dilihat seperti lebih memihak kepada pengarah tersebut dan perkara itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baiknya sebagai pelakon dan ahli perniagaan."Saya tak faham kenapa diaibkan begini. Asalnya, Amie mahu membeli rumah saya yang bernilai RM450,000. Oleh kerana saya mahu membantunya, saya buat konsep sewa dan beli."Tidak lama kemudian dia tidak membayar saya dan lari menghilangkan diri selama empat tahun. Dan saya pula tidak memulangkan wang depositnya. Mengikut undang-undang selepas dia melanggar perjanjian beli, saya berhak 'hanguskan' deposit dia."Tiba-tiba dia memfailkan saman terhadap saya kerana tidak membayar wang depositnya balik. Bagaimanapun, selepas pihak mahkamah membuat kira-kira, saya perlu membayarnya semula sebanyak RM60,000 lebih. Dia pula nak saya bayar secara lumsum mana boleh," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

1 Komentar:

Write Komentar
18/8/15 1:39 PTG delete

macam-macam cerita...

Reply
avatar