Jumaat, Ogos 21, 2015

Tak Tolak Jodoh; Apa Hubungan Sebenar Zulin Aziz & Ariz Forteen



Status sebenar hubungan Zulin Aziz dan ahli kumpulan Forteen, Ariz mungkin masih menjadi tanda tanya ramai peminat. Manakan tidak, sehingga kini mereka sering memuat naik gambar-gambar mesra di Instagram milik mereka.Masih berpegang pada pendirian sama, Zulin Aziz, mengakui jejaka tampan itu hanyalah teman baiknya sahaja.“Apa yang saya boleh katakan, kami selesa berkawan rapat seperti ini. Sepanjang berkawan, kami 'sekepala' dalam banyak hal dan dia tak pernah jemu melayan karenah saya,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Grand Brilliance, baru-baru ini.Bekas pengacara Melodi ini berkata, dia semakin menyenangi jejaka itu dan sudah mengenali keluarganya secara rapat.“Saya sendiri kenal dengan keluarga Ariz, dan kedua-dua keluarga sudah tahu sejauh mana perhubungan kami.“Pernah juga diajukan soalan sekiranya hubungan kami ke jinjang pelamin, dan saya menjawab semuanya dengan izin ALLAH.“Kalau ada jodoh, adalah. Namanya pun jodoh, takkan kita nak tolak jodohkan,” katanya.