Rabu, Ogos 12, 2015

Tak Ada Lelaki Sudi Jadikan Ayda Jebat Teman Wanita?


Mengakui tidak pernah bercinta, Ayda Jebat menjelaskan dia kini sudah bersedia untuk mempunyai kekasih dan menjalin hubungan cinta. Malah, sehingga kini, masih belum ada mana-mana lelaki yang sudi menjadikannya sebagai kekasih hati mereka.“Terus-terang sejak sekolah hingga kini saya tidak pernah ada boyfriend. Tapi masa sekolah dulu ada jugalah saya minat kat lelaki secara senyap-senyap, tapi saya tak pernah cuba untuk meluahkannya. Apa yang boleh saya katakan, saya memang tak pernah bercinta lagi” 


“Tak tahu mengapa. Saya pun hairan dan tertanya-tanya, kenapa perkara ini terjadi. Mungkin mereka takut nak dekati saya yang berperangai gila-gila agaknya. Saya sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta” “Jika ada yang sesuai, saya tidak kisah untuk bercinta sekarang ini,” jelas Ayda yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Zul Ariffin kepada portal Murai.


1 Komentar:

Write Komentar
12/8/15 11:44 PG delete

Assalammualaikum...NN.

semoga ayda jebat cepat bertemu jodoh...

mselim3

Reply
avatar