Selasa, Ogos 11, 2015

Syed Ali Mengamuk Sampai Rasa Nak Ludah Dengan Wartawan Hlive Perasan Cantik?




Entah apa puncanya, pelakon kacak Syed Ali baru-baru ini dilihat memuat naik status meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap seorang wartawan perempuan dari sebuah program televisyen terkenal. Berdasarkan status tersebut, Syed Ali benar-benar marah hinggakan dia hendak meludah muka wartawan sombong itu. Alkisah bermula, apabila wartawan hiburan dikatakan memberi jelingan tajam kepada Syed Ali seolah-olah mempunyai perasaan tidak puas hati.Sementara itu, memetik laporan Media Hiburan, sebelum ini beberapa artis lain turut mengadu perkara yang sama berkenaan wartawan-wartawan dari program televisyen tersebut.Namun, tidak dapat dipastikan sama ada cerita itu memang benar atau tidak.“Pada saya, buat apa perlu sombong dan bongkak. Saya tidak diajar untuk jadi sebegitu,” katanya kepada Media Hiburan. - Mynewshub