Isnin, Ogos 10, 2015

Sinopsis Drama Bersiri Plan Cinta Tak Jadi; Astro Ria/Ria HD


SINOPSIS PLAN CINTA TAK JADI

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian. 


Fattah Amin dan Fathia Latiff sekali bergandingan kali ini untuk drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi. Selain mereka, ia turut dibintangi Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf dan ramai lagi. Sebuah drama terbitan Orange Tree Production Sdn Bhd diterajui sutradara Azmi Hatta. Saksikan drama Plan Cinta Tak Jadi bersiaran mulai 10 Ogos 2015, setiap hari Isnin jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.