Sabtu, Ogos 15, 2015

Sinopsis Drama Bersiri Lari Mira; Lestary TV3




SINOPSIS LARI MIRA THE SERIES



Drama terbaru arahan Feroz Kader berjudul Lari Mira akan menemui penonton di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar bersama pelakon dari Indonesia iaitu Erlando Saputra dan juga Nazrief Nazri dari Malaysia. Cerita ini berdasarkan kisah benar daripada kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Dijadualkan bersiaran selepas tamatnya drama Mak Cun pada 26 Ogos ini di saluran TV3.Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Bandar Acheh. Mira telah diselamatkan oleh Hadi untuk keluar dari kepompong jahil yang dipelopori oleh satu sindiket pemerdagangan manusia di Acheh.