Jumaat, Ogos 28, 2015

Sharnaaz Ahmad Nafi Bercinta Dengan Kakak Neelofa



Baru-baru ini terdengar juga khabar angin yang mengatakan bahawa Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila kini sedang dalam fasa bercinta. Bagaimanapun, tuan empunya badan mempunyai jawapan tersendiri kepada khabar angin tersebut. “Saya tak tahu pula mengenai khabar angin ni. Kalau ikut bab berkawan, saya kawan dengan semua orang. Saya rapat dengan Nabila pun sebab bisnes. Saya sekarang memang fokus pada bisnes,” jelasnya kepada Rotikaya ketika dihubungi semalam selain menafikan dia mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama wanita berkenaan.