Selasa, Ogos 04, 2015

Shaheizy Sam Nafi Buat Persiapan Perkahwinan



Berita mengenai Shaheizy Sam yang ingin mendirikan rumah tangga tidak lama lagi cukup menjadi perhatian peminat.Namun, Sam sehingga kini masih lagi enggan mendedahkan butir lanjut mengenai perkahwinan.Terus terang, saya berkawan dengan semua orang. Dia (Syatilla) memang wanita yang baik dan akrab dengan keluarga saya. Sejujurnya kami telah berkawan hampir enam tahun dan itu membuktikan bahawa saya selesa berkawan dengannya. Namun, pada masa sekarang apa yang boleh diperkatakan hanyalah hubungan kami cukup sekadar teman baik. Soal cinta itu terserah kepada kuasa Allah untuk menentukannya. - BN