Khamis, Ogos 27, 2015

Semakin Bahagia Selepas Kahwin; Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Impi Miliki Anak!



Jarang kita melihat pasangan selebriti yang juga suami isteri, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah diabadikan sebagai main story majalah atau sisipan akhbar.
Selepas kahwin, hidup saya semakin bahagia dan penuh warna-warni kerana isteri selalu membuatkan saya ceria dan menguruskan hal makan serta minum. Belum beristeri dulu, saya makan tidak tentu masa. Sekarang, semuanya terurus. Perkara ini membuatkan saya sangat bersemangat untuk bekerja ditambah dengan sokongan seorang isteri.Kasih sayang yang Sarah berikan membuatkan saya tersentuh sangat. Selain itu, dia juga manja dan mudah ketawa dengan gurauan saya. Boleh kata, Sarah seorang isteri yang mendengar kata dan nasihat suami serta penyabar orangnya.

Berbicara soal anak, kedua-duanya mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata tetapi redha dengan ketentuan takdir yang masih belum memberikan mereka rezeki untuk mendapat anak. Jelas Puteri Sarah mereka juga stidak pernah membuat sebarang perancangan dalam soal tersebut.- BN