Sabtu, Ogos 29, 2015

Sekali Lafaz; Nubhan Selamat Bergelar Suami



Bekas peserta Akademi Fantasia 6, Nubhan selamat bergelar suami kepada Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dengan sekali lafaz sekitar pukul 3.35 petang Sabtu. Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara tertutup di rumah pengantin perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Pasangan itu disatukan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Seremban 2, Wan Nawang Wan Sulong dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ahamd Tawfek Zulkifly.


Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 29, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.Penyanyi itu turut menyediakan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dari pihak perempuan.Sementara itu, majlis resepsi disebelah pihak perempuan akan diadakan pada Ahad di Seremban manakala pihak lelaki pada keesokan harinya di kampung Nubhan, Juasseh, Negeri Sembilan.Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu. - Mstar

2 Komentar

Write Komentar
30/8/15 12:57 PG delete

Segak berbusana putih!

Reply
avatar
Eraz Fadli
AUTHOR
30/8/15 11:43 PG delete

Tahniah Nubhan.. Kahwin juga.. #Nubies

Reply
avatar