Rabu, Ogos 12, 2015

Rujuk JAIS Sebelum Bertunang; Kenapa Raja Farah Rahsiakan Identiti Bakal Suami?


Setelah selamat melangsungkan majlis pertunangan, Raja Farah bakal melangsungkan majlis nikah dan juga persandingan dalam masa yang terdekat bagaimanapun, selebriti ini menyatakan dia terpaksa merahsiakan identiti bakal suami. “Maafkan saya kerana terpaksa merahsiakan identiti bakal suami. Atas persetujuan bersama, saya perlu merahsiakan identiti bakal suami. Tujuannya untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku sebelum menjelang hari pernikahan” 


“Cukup saya perkenalkan dia sebagai II, masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan. Dari mula dia mendapat nombor telefon saya, dia cuba mendekatkan diri dengan saya dan keluarga. Dari situ saya nampak keyakinannya. Tambahan pula, selepas bercerai hati saya kosong” “Kehadirannya tepat pada masa dan merasakan dia mampu membahagiakan saya,” katanya yang telah pun merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai tempoh edahnya dan semuanya berjalan dengan lancar. - Rotikaya