Khamis, Ogos 20, 2015

Ribuan Burung Terbang Membentuk Wajah Perdana Menteri Rusia Jadi Viral





Sebuah video yang telah berjaya dirakam oleh seorang wanita telah menarik perhatian ramai orang apabila dikatkan menampakkan ribuan burung terbang membentuk wajah Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin

Wanita berkenaan, Sheryl Gilbert berjaya merakam gambar tersebut ketika dia sedang menyeberangi Jambatan Williamsburg di Brooklyn dan ternampak kelibat burung berkenaan.

Kerana kehadiran burung yang banyak itu menarik perhatiannya untuk merakam suasana tersebut tetapi kejadian menarik berkenaan menjadikannya lebih teruja.

Memetik tulis di Twitternya, suami Sheryl, Gregory West menulis: “Saya melihat gambar ini beberapa hari lalu. Menakjubkan. Adakah anda melihat wajah yang dibentuk burung itu? Wajah siapa?”

Ada rakan-rakannya menjawab wajah yang dibentuk oleh burung-burung berkenaan sama seperti wajah Steve Jobs dan Robin Williams.

Bagaimanapun, kebanyakannya berkata, gambar itu agak menyeramkan dan ada juga yang meragui video tersebut.

Seorang pengulas dari negara itu menulis: “Ini amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak memulakan perang dengan Russia.”

Seorang lagi berseloroh: “Lihat di udara! Burung! Pesawat! Bukan, ia Super Putin!” - Siakapkeli