Isnin, Ogos 10, 2015

Rahsia Bahagia Aaron Aziz Menyulam Cinta 12 Tahun Bersama Diyana Halik



Pada 3 Ogos lalu, usia perkahwinan pelakon popular yang kini bergelar pengarah, Aaron Aziz, 39, mencecah 12 tahun. Sempena ulang tahun perkahwinannya itu, Aaron berkongsi video detik bahagia diijabkabulkan dengan isteri, Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dengan peminat di laman sosial.Tentunya kebahagiaan rumah tangga dikecapi Aaron dan Diyana di samping tiga anak, Danish Anaqi, 10, Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4, dicemburui ramai. Bagi yang ingin mencontohi pelakon ini, apa yang diamalkan Aaron dalam melayari rumah tangganya selama ini ialah sentiasa berpegang kepada cinta, kasih dan amanah. Katanya, jika tiada cinta kita pegang pada kasih dan jika sudah tiada kasih, kita perlu jaga amanah yang dipertanggungjawabkan Aaron mengakui tiga anaknya menjadi kekuatan utama dalam hubungan rumah tangganya dengan Diyana sehingga mampu bertahan selama 12 tahun. Kehadiran mereka menjadikan dia lebih banyak bersabar selain menjadi peringatan agar sentiasa melalui kehidupan susah dan senang bersama isteri. - Metro