Jumaat, Ogos 07, 2015

Perkahwinan Dengan Farhan Adalah Satu Kesilapan Besar – Abby Abadi



14 Ogos ini, Abby Abadi bakal menamatkan zaman jandanya dan berkahwin buat kali ketiga dengan seorang lelaki bernama Jai. Ini adalah perkahwinan kali ketiga Abby selepas kegagalan dua perkahwinan sebelum ini iaitu dengan Norman Hakim dan Farhan. Menariknya, Abby menganggap perkahwinan kali ketiganya ini adalah yang ‘kedua’ kerana dia tidak merasai sebarang impak daripada perkongsian hidupnya bersama Farhan.Nikah kali ketiga? Saya rasa yang kedua (dengan Farhan) macam tidak perasan sangat dan tak dirasai sangat. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan. Sebaliknya saya anggap ia satu kesilapan besar kerana cepat sangat mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun perkenalan kami sangat singkat. Abby turut memaklumkan hatinya tergerak untuk menerima Mohd Faizal @ Jai sebagai suami selepas tertarik dengan keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan duda itu terhadapnya dan anak-anak. - BN


1 Komentar:

Write Komentar
7/8/15 2:35 PTG delete

Perlu ke di anggap kesilapan sedngkan atas kerelaan masing-masing?
Apapun semoga masjid ke tiga yang bakal dibina tu berkekalan dan dirahmatiNya, Aamin.

Reply
avatar