Rabu, Ogos 05, 2015

Peminat Ramai Tak Jamin Panggung Penuh; Kutipan Musim Perayaan Paling Buruk Dalam Sejarah?



Musim perayaan dan cuti sekolah sering dinanti-nantikan produser tanah air untuk menghantar permohonan mendapatkan tarikh tayangan filem mereka kerana disifatkan sebagai durian runtuh dengan kutipan lumayan berbanding minggu biasa.Bagaimanapun, akhir-akhir ini kutipan filem Melayu tidak mengira musim dan minggu lagi kerana rata-rata sangat rendah, kebanyakannya bawah RM100,000.Dua filem ditayangkan serentak pada Aidilfitri baru-baru ini, Suamiku Jatuh Dari Langit dan Gangster Rock turut mengalami nasib sama.Nyata peminat Nora Danish mencecah dua juta orang, tidak mampu memanggil mereka ke panggung menyaksikan lakonannya bersama Qi Razali dalam filem arahan Eyra Rahman ini.Begitu juga mat rempit, tidak pula berduyun-duyun ke panggung untuk menyaksikan sentuhan pertama pelakon Soffi Jikan.Kutipan rendah ini juga disifatkan paling buruk dalam sejarah musim perayaan. Di mana silapnya? Kurang promosi daripada media hing­ga masyarakat tidak tahu filem itu ditayangkan? Kegawatan ekonomi ditambah pula kenaikan harga tiket dengan adanya GST dilihat turut membantu mengurangkan minat penonton ke panggung. - HM


2 Komentar

Write Komentar
5/8/15 4:09 PTG delete

mengeratkan silaturahim dan ukhuwah lagi penting semasa musim perayaan dari menghabiskan masa di panggung... he he he...

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
5/8/15 4:10 PTG delete

bila dah berkeluarga.. lebih selesa tengok kat rumah sekarang ni... dah lama kak mia tak tengok wayang...

Reply
avatar