Rabu, Ogos 19, 2015

Pelakon Wan Raja, Isteri Hampir Diculik Lanun Ketika Honeymoon



Siapa sangka, hanya kerana bergelar selebriti, pelakon Wan Raja dan isteri, Yaya Maembong berhadapan ancaman bahaya hingga perlu dikawal oleh pihak berkuasa ketika berada di Pulau Mabul, Sabah. Hal ini didedahkan sendiri oleh Wan Raja yang berhadapan detik cemas dalam hidup mereka apabila disyaki menjadi sasaran penculikan lanun ketika berbulan madu, sekitar Februari lalu. Menurut pelakon filem ‘… Dalam Botol’ ini, perkara tersebut terjadi selepas ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon sehingga perkara itu sampai ke pengetahuan lanun. - mynewshub