Khamis, Ogos 13, 2015

Pakaian Dalam Shreddies Buat Anda Kentut Dengan Yakin



Ia merupakan perkara yang natural dan dilalui oleh semua orang tetapi sudah pastinya kita merasa amat risau untuk melepaskan 'angin' di khalayak ramai. Angin yang dimaksudkan adalah kentut yang sering mendatangkan kebimbangan kerana ia akan mengeluarkan bau tidak menyenangkan lebih-lebih lagi di hadapan orang yang tidak kita kenali. Tetapi kini, rasa bimbang itu barangkali dapat diketepikan  menerusi penemuan teknologi penghasilan pakaian yang dihasilkan oleh sebuah syarikat pengeluar pakaian yang berpangkalan di Shreddies, England/  Label terkenal ini telah menghasilkan pakaian jeans dan baju tidur yang mempunyai fabrik dapat menyerap bau kentut.


Mungkin ia kedengaran  pelik, namun itulah hakikatnya dan pengeluaran pakaian ini akan mula dijual di sana dan mungkin akan berada di pasaran dunia kerana kelebihan teknologinya itu, apatah lagi bila ia menggunakan motto,  Fart With Confidence. Pakaian ini dihasilkan dengan lapisan karbon aktif yang dibuat daripada Zortex di mana bahan ini mampu menyerap dan menaturalkan bau kentut yang busuk setelah ia dilepaskan keluar dan bahan tersebut akan diaktifkan semula setiap kali dibasuh. Menurut mereka seluar ini mampu menapis 200 kali ganda lebih dari kekuatan bau yang dilepaskan.


“Lapisan karbon itu diletakkan di bahagian bawah tali pinggang hingga ke paras atas lutut yang boleh melindungi bau busuk yang dilepaskan oleh seseorang individu. Tetapi dalam pada itu wakil pihak Shreddies turut menegaskan bahawa walaupun produk mereka dapat menghilangkan bau busuk kentut, namun mereka tidak dapat sembunyikan bunyinya. Jika kentut anda memiliki bunyi yang kuat, sudah tiba masanya untuk anda belajar meminimumkan tabiat itu,” kata pengurus syarikat itu, Richard Wolley.