Jumaat, Ogos 21, 2015

Ophilia Tak Tercalon; Que Haidar Kutuk FFM27 Macam “Kids Choice Award”



Festival Filem Malaysia (FFM) akan berlangsung pada 2 hingga 5 September nanti dan calon-calon bagi setiap kategori sudahpun diketahui. Namun belum lagi berlangsung FFM27, pelakon Que Haidar tiba-tiba luah rasa tak puas hati dalam dua kategori pencalonan anugerah itu. Melalui laman twitternya, Que Haidar yang tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik itu menyifatkan FFM27 ini seperti “Kids Choice Award”. Dia juga ada melontarkan kata-kata sinis terhadap sistem penjurian calon untuk anugerah tersebut. Hmmm, apa yang buatkan Que Haidar betul-betul naik angin sampai Ahmad Idham pun bengang juga ni? -OB!