Isnin, Ogos 17, 2015

Novak Djokovic Kutuk Tindakan Nick Kyrgios Dedah Teman Wanita Stanislas Wawrinka Pernah Berasmara Dengan Thanasi Kokkinakis



Novak Djokovic meraih kemenangan ke-50 tahun ini sekali gus layak ke suku akhir Masters Montreal dan kemudian mengecam Nick Kyrgios kerana penghinaan seksual terhadap Stanislas Wawrinka yang mengejutkan sukan itu. Djokovic mengutuk Kyrgios yang didenda AS$10,000 (RM40,700) kerana penghinaan seksual pada pusingan ketiga kelmarin. Pemain Australia berusia 20 tahun itu menggunakan mikrofon di gelanggang mengumumkan perihal mengenai teman wanita Wawrinka. Kyrgios menegaskan, wanita itu pernah berasmara dengan rakan karibnya, Thanasi Kokkinakis. “Maaf kerana memberitahu anda perkara ini,” Kyrgios berkata ketika dia membelakangnya juara Terbuka Perancis itu. - AFP