Khamis, Ogos 06, 2015

Norman & Memey Tak Terkejut Abby Nak Kahwin Lagi!



Berita mengenai Abby Abadi yang bakal berkahwin untuk kali ketiga bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim. Menurut Memey, Abby telah memberitahu khabar gembira tersebut kepada mereka berdua sebelum mengumumkannya di laman Instagram.


Abby Abadi bakal bernikah dengan seorang wartawan yang mula beliau kenali pada tahun 2013 tetapi mula rapat pada Disember 2014 atas urusan kerja. Bakal suami Abby yang mesra disapa Jai merupakan wartawan bagi akhbar pembangkang iaitu Harakah. Majlis pernikah mereka akan diadakan pada 14 Ogos ini bertempat di Keramat, Kuala Lumpur.