Isnin, Ogos 17, 2015

Norman Hakim & Memey Suhaiza Teruja Dalam Debar Hitung Detik Pembukaan Butik Meylana


Selepas melahirkan anak kedua pada 8 April lalu, Memey kini kembali sibuk. Malah mereka dikatakan berdebar-debar menanti kelahiran ‘bayi’ terbaru mereka pada 29 Ogos ini.  Kata Norman, seram sejuk, rungsing dan sebagainya ada dalam diri. Mereka juga membuat segala persiapan dan kini hanya menunggu saatnya. “Sebenarnya kami berdebar-debar menantikan pelancaran Butik Meylana. Ia disifatkan bisnes yang mampu melonjakkan lagi jenama kami berdua dalam kalangan peminat fesyen Muslimah tanah air. “Sebanyak 11,000 pasang baju disediakan untuk pembukaan butik itu nanti. Itu yang membuatkan kami sangat gementar. Kebanyakan pakaian yang dihasilkan lebih sesuai untuk pasangan,” katanya. Kata Norman, perancangan dilakukan selama setahun tapi secara sikit-sikit. Sebelum puasa tempoh hari mereka sangat sibuk dan bersyukur ia mendapat sambutan. “Disebabkan sambutan itu, kami terus rancang buka butik. Tambah pula pengikut pun ada,” katanya.

2 Komentar

Write Komentar
Mrs Velentine
AUTHOR
17/8/15 10:48 PG delete

kalau boleh beli online kan bagus

Reply
avatar
17/8/15 8:14 PTG delete

@Mrs Velentine Boleh beli online lepas grand opening butik, jangan risau, boleh follow IG mereka @Meylana

Reply
avatar