Isnin, Ogos 10, 2015

Norman Hakim Kirim Doa Buat Abby Abadi



Perkahwinan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dengan wartawan, Muhammad Faizal Zakaria telah pun diketahui lebih awal oleh Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Justeru, ia bukanlah satu kejutan buat pasangan ini meski pun Abby baru sahaja mengumumkannya kepada media dan orang ramai. “Kami tak terkejut kerana kami tahu dah lama. Cuma masa raya hari tu Kak Abby maklumkan secara rasmi mengenai tarikh pernikahan dan majlis,” kata Memey ketika ditemui Zass, baru-baru ini. Bagaimana pun, dek kerana berdepan kekangan dari segi masa kerana bertembung dengan program lain yang perlu dihadiri Norman dan Memey, pasangan ini berkata, kemungkinan tidak meraikan detik pernikahan bekas isteri Norman itu. “Tarikh 14 Ogos kami ada Gala Dinner untuk produk yang saya jadi duta. Jadi mungkin tak dapat hadir, tapi untuk tarikh 16 Ogos kami akan pergi.  "Ini detik bahagia Abby dan tentulah kami akan bersama dia, raikan hari bahagia dia. Kami mendoakan yang terbaik dan semoga kekal hingga ke akhir hayat,” sambung Norman. Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Kemudian, Abby mendirikan rumah tangga dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar pada Julai 2013 namun bercerai pada Jun tahun lalu. - Sinar

   

1 Komentar:

Write Komentar
Amanda Suria
AUTHOR
10/8/15 9:54 PG delete

Mungkin berkahwin semula adalah jalan terbaik untuk Abby...kita doakan untuk yang baik2 buat beliau

Reply
avatar