Khamis, Ogos 06, 2015

Norman Hakim Dedah Abby Abadi Pernah Bawa Bakal Suami Berjumpa Dengannya



Jika sebelum ini Memey Suhaiza memberitahu beliau tidak terkejut Abby mahu berkahwin sekali lagi, terbaru Norman Hakim pula menyifatkan Jai ataupun nama sebenarnya, Mohd Faizal Zakaria seorang jejaka yang cool selepas  Abby memperkenalkan bakal suaminya itu kepada Norman. Saya tahu mereka sudah berkawan sejak beberapa tahun yang lalu. Malah Abby sendiri pernah membawa bakal suaminya itu berjumpa dengan saya.
Namun ketika dia bawa berjumpa saya, masa itu saya pun tidak tahu  mereka ada hubungan istimewa  tetapi yang saya tahu mereka hanya rakan niaga sahaja. Melalui perjumpaan itu, apa yang boleh saya katakan bakal suaminya seorang yang cool. Itu sahaja.
Norman mendoakan kebahagiaan bekas isterinya bersama Jai dan mengharapkan perkahwinan kali ini dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat. - BN


1 Komentar:

Write Komentar
Abam Kie
AUTHOR
6/8/15 10:50 PTG delete

Selamat pengantin baharu, Abby..

Reply
avatar