Rabu, Ogos 19, 2015

Norman Hakim Bakal Mulakan Operasi Mr. Sado Gym And Fitness



Pelakon lelaki yang semakin galak membentuk otot di badan, Norman Hakim khabarnya akan membuka gym! Berita baik buat jejaka dan juga wanita yang mahu kekal fit dan sihat. Pusat gymnasium yang bakal beroperasi bermula 25 Ogos 2015 ini terletak di Taman Sri Manja, Petaling Jaya. Memilih nama Mr. Sado Gym & Fitness aktor yang juga suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini turut berkongsi gambar-gambar pendaftaran perniagaan terbaharunya itu. Untuk makluman, isteri Norman Hakim, iaitu Memey Suhaiza juga sedang sibuk dalam perangkaan pembukaan butik Meylana pada 29 & 30 Ogos ini yang menawarkan pakaian muslimah yang menarik! Bagi mereka yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi Instaragam [Mr.Sado Gym And Fitness] [Meylana]