Jumaat, Ogos 28, 2015

Nazim Othman Pilih Jadi Juruterbang?




Pelakon kacak, Nazim Othman sedar minatnya dalam dunia penerbangan membuatkan dirinya untuk terus berada dalam bidang itu walaupun sudah sekian lama meninggalkannya. Memang ramai yang terlupa bahawa dia pernah berkhidmat sebagai pramugara untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan sebelum dia memilih bidang lakonan. Kini selepas sekian lama bergelumang dalam dunia yang penuh pancaroba dan pasang serta surutnya, minat Nazim kembali ke awan biru. Beberapa kali terlihat di dalam laman sosial Instagram dia mengenakan berpakaian seragam, tetapi bukan pakaian seragam pramugara namun sebaliknya juruterbang. Semakin lama dan kerap dia memuat naik gambar berkenaan dunia penerbangan apatah lagi dengan pakaian seragam seorang juruterbang, semakin ia menjadi tanda tanya. Bagaimanapun semua yang dilakukan itu demi menjayakan sebuah iklan produk kecantikan yang akan dilancarkan tak lama lagi. - BH





2 Komentar

Write Komentar
kisah earty
AUTHOR
28/8/15 3:43 PTG delete

kacak sangat ni..hehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28/8/15 5:52 PTG delete

He really has the charm as a pilot..

~ Pemerhati Cinta ~

Reply
avatar