Ahad, Ogos 02, 2015

Najib Tak Akan Letak Jawatan Kerana Ada 3 Juta Ahli UMNO Bersamanya!





Disebalik desakan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, Najib semalam telah menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan kerana terdapat tiga juta ahli UMNO masih teguh menyokong pentadbirannya.Sebagai seorang pemimpin yang dipilih secara sah berdasarkan perlembagaan parti, adalah perlu dia diberi ruang untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat."Berkat dari sokongan Umno yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab 3 juta ahli Umno ada bersama saya."Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden Umno) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik."Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli Umno tentukan," katanya dipetik dari laporan Bernama ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini. - Siakapkeli