Rabu, Ogos 19, 2015

Mural Terkenal Di Pulau Pinang Dirosakkan! Tindakan Bengong Manusia Bangang!



Siapapun juga yang merosakkan mural ini, anda memang bangang!!
Lukisan mural dan arca imej dua kanak-kanak menaiki basikal yang terkenal di Pulau Pinang disembur cat kuning oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bahan seni yang terletak di Jalan Armenian itu diconteng dengan grafiti '#4.0'. Perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi Rabu. Sebuah kedai runcit berhampiran dan kereta yang diletakkan berhampiran mural berkenaan juga dirosakkan.