Ahad, Ogos 09, 2015

Misi Kemasyarakatan; Tolong Adik Syamsul!



Semalam Muz kongsi kisah Adik Irfan Afendi [Baca Sini]. Hari ini, Muz kongsi pula kisah Adik Muhammad Syamsul Bin Shakiya yang berusia 14 tahun. Menurut individu yang berkongsi kisah ini di laman sosial Facebook, Adik Syamsul mempunya 4 orang adik beradik iiatu, Muhd Saiful Akram (15), Noor Sabrina (11) dan Noor Syakila (3). 


Khabarnya mereka adik beradik terpaksa bekerja menjaja kuih akibat ketidakupayaan ayahnya yang sakit teruk selepas mengalami kemalangan. Adik Syamsul menjual kuih bangkit yang dibuat oleh neneknya dan maruku yang dibuat oleh emaknya di sekitar Taman Tenaga dan Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kuih itu dijual dengan harga RM3 sebungkus. 


Menurut individu ini lagi, setiap hari Adik Syamsul memerlukan hasil jualan minimum RM50 bagi membeli ubat-ubatan ayahnya yang sakit teruk. Selalunya, ada insna yang baik hati yang menghulurkan derma. Namun, berdasarkan komen pada post entry tersebut ada juga yang khuatir bahawa mereka terlibat dengan sindiket penipuan. Walau bagaimanapun, banyak komen lain yang pernah menjadi saksi melihat adik ini berniaga dan pernah membelikan makanan buatnya. 


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, apa kata anda yang berada atau terserempat Adik Syamsul di Taman Tenaga dan Bandar Sri Permaisuri hulurkan tangan seadanya, membantu apa dayanya. Jika anda khuatir ini adalah sindiket, tak salah ikut adik ini balik ke rumahnya dan lihat sendiri keadaan bapanya, mungkin anda boleh melaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat atau paling tidak kepada team produksi Bersamamu TV3. Sesungguhnya, ramai insan kurang bernasib baik yang belum mendapat perhatian di luar sana di senatero tanah air tercinta ini, dengan kuasa media sosial, daripada menyebarkan fitnah lebih baik kita kongsikan kisah sedemikian, supaya lebih ramai yang bermurah hati menghulurkan kebajikan!