Isnin, Ogos 17, 2015

Minyak Wangi Che Ta Laku Keras; Terjual 40000 Botol Dalam 2 Hari!




Pelakon Rozita Che Ta mendedahkan produk keluaran minyak wangi miliknya iatu Precious by RCW menerima sambutan paling hangat berbanding perniagaan lain yang dijalaninya.Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 43, berkata, ketika melancarkan produk minyak wangi berkenaan di laman Instagram sekitar Mei lalu, dia banyak menerima tempahan awal dan sebanyak 40,000 botol minyak wangi tersebut dijual hanya dalam masa dua hari sahaja."Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari."Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha...Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut."Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Harganya pun cuma RM29.90 sahaja," katanya kepada mSTar Online.


1 Komentar:

Write Komentar
17/8/15 8:23 PG delete

nak try jugalah minyak wangi che ta...

Reply
avatar