Sabtu, Ogos 15, 2015

Memori Cinta Suraya, Adaptasi Telenovela Latin Tepati Norma Tempatan




Bukan mudah mengadaptasi drama popular Mexico, A Love to Remember mengikut acuan budaya tempatan apatah lagi perlu mematuhi garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Bagaimanapun dengan kerjasama dan komitmen jitu semua pihak, Memori Cinta Suraya bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 17 Ogos ini menerusi saluran Astro Bella dan Astro Mustika HD. Drama arahan Mohamed Feroz Kader ini menyaksikan kerjasama tiga pihak iaitu Azteca, pengeluar ranca­ngan televisyen berbahasa Sepanyol terbesar di dunia, Astro dan Global Station. Feroz berkata, pihaknya menyedari drama A Love to Remember berbeza dengan norma hidup budaya orang Timur dan kerana itu perlu berhati-hati apabila mengadaptasi karya terbabit. “Kami perlu ikut garis panduan yang sudah ditetapkan LPF. Tak dinafikan drama ini ada banyak babak cinta, tetapi kami ubah suai agar tidak keterlaluan. “Kami peka dengan sensitiviti masyarkat dan berjaya me­ngikut semua syarat yang ditetapkan walaupun awalnya agak susah,” katanya pada sidang media drama berkenaan baru-baru ini. - Metro