Jumaat, Ogos 21, 2015

Masih Berahsia Tentang Perkahwinan; Zizan Akui Selesa Berkawan Dengan Ummi Nazeera



Zizan Razak yang sering dihimpit kontroversi selepas putus cinta bersama pelakon cantik Emma Maebong dikaitkan pula rapat dengan pelakon dan pengacara, Ummi Nazeera.Memetik laporan portal hiburan tempatan, Zizan mengakui pernah keluar bersama pelakon itu."Saya mengakui ada keluar makan bersama Ummi beberapa kali, tetapi kami tidak keluar berdua dan ditemani pembantu peribadi masing-masing," jelas Zizan.Tambah Zizan, dia selesa berkawan dengan Ummi dan menghormatinya sebagai rakan."Selepas bekerja dengan Ummi, saya mula mengenalinya sebagai kawan. Dia seorang yang baik dan saya sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat."Buat masa ini, hubungan kami tidak lebih dari itu. Saya selesa berkawan dengan Ummi,” jelasnyaUmmi dan Zizan mula berkenalan ketika sama-sama membintangi telefilem Angin Cinta yang diterbitkan oleh syarikat milik pelakon Liyana Jasmay. Zizan sebelum ini dikatakan akan berkahwin pada tahun ini selepas putus cinta bersama Emma Maembong.Walau bagaimanapun, pelawak ini juga masih berahsia jika ditanya mengenai perkahwinannya itu.