Isnin, Ogos 10, 2015

Lisa Surihani Kejut Yusry Pukul 4 Pagi Kerana Mengidam



Mengakui Lisa lebih selesa berada di rumah, kata Yusry, dia bersyukur kerana morning sickness yang dialami isterinya kini semakin pulih."Kalau orang lain morning sickness mereka berlaku bukan sahaja waktu pagi, tetapi tidak Lisa. Dia benar-benar mengalaminya pada waktu pagi sahaja."Cuma kini apa yang semakin pelik, dia akan teringin untuk makan sesuatu di tempat-tempat tertentu."Adakala dia akan kejutkan saya seawal empat pagi semata-mata untuk beritahu bahawa dia ingin makan sesuatu keesokan harinya," cerita Yusry mengenai kerenah isterinya itu sepanjang hamil.Sementara itu, Yusry memberitahu, dia dan Lisa sudah pun membuat persiapan asas untuk anaknya itu."Walaupun ia cahaya mata pertama kami, tetapi kami tidak mahu membuat persiapan berlebihan."Cuma, mungkin saya akan tukar kereta MPV kerana keluarga semakin besar," katanya bergurau. - Sinar

   

1 Komentar:

Write Komentar
Dayana Bahar
AUTHOR
10/8/15 11:28 PG delete

masa tengah mengidam mmg sehabis daya permintaan akan dipenuhi... beruntunglaaa hee

Reply
avatar