Selasa, Ogos 11, 2015

Lelaki Ini Nak Kahwin Lagi Sebab Isteri Kerja Nurse Terlalu Sibuk!



Tergelak pun ada Muz baca cerita ini di Oh Bulan! Kisah lelaki dilema nak tambah bini, tak tahu nak tambah cawangan atau cerai yang lama dan kahwin baharu. Kalau wanita yang baca mesti sentap wei. Yalah, menerusi perbualan antara lelaki ini, dan kenalannya yang juga kawan kepada isterinya yang dipanggil Mas, boleh buat sakt hati juga bila membaca. Alasan lelaki ini, isterinya nurse tak ada masa untuk diri dia. Nak ajak keluar malam dan dating pun tak boleh, sebab isteri bagi alasan esok kerja pagi. Bila cuti isteri sibuk jaga anak. 

Lelaki ini pula dah jumpa satu awek dekat GSC, cantik dan tak kerja. Selalu ada masa teman dia makan dan tengok wayang. Dan bila kawan bualan dia kata, minta saja isteri berhenti dan jadi housewife sepenuh masa, lelaki ini tak setuju sebab gaji dia seorang tak cukup nak bayar rumah dan kereta. Habis tu yang gatal nak kahwin satu lagi dah kenapa? Dah lah jumpa bakal bini muda pun dekat panggung, kalau jadikan madu pun entah-entah first wife yang kena tanggaung, maklumlah awek dia kan tak kerja, gaji dia sendiri pun tak cukup nak bayar kereta dan rumah...


Macam-macam hal. Bagi Muz dalam hal ini kena ada komunikasi dan perbincangan! Nak keluar makan? Wife penat! Kenapa tidak husband masak atau beli, kemudian decorate meja dan buat candle light dinner dekat rumah sendiri? Pasang muzik romantik, tabur kelopak mawar. Tak gaduh nak keluar kan? Sebenarnya, majoriti kes lelaki nak tambah cawangan ni alasan saja, sebab kalau ikutkan satu dah cukup, tetapi ramai yang pegang konsep kalau lebih pun apa salahnya... Hahaha!


2 Komentar

Write Komentar
fiqah
AUTHOR
12/8/15 12:14 PG delete

Ish3.. Nak kawen lg satu,tp dia sendiri hrpkan duit gaji isteri utk byr rumah & kete? Xfhm betul..

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
12/8/15 2:55 PTG delete

tak mampu nak bayar keta tapi nak ceraikan bini..bodoh

Reply
avatar