Selasa, Ogos 25, 2015

Lagu Nyanyian Salman Khan Dapat Pujian



Lagu terbaharu nyanyian pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan berjudul Main Hoon Hero Tera mendapat sambutan hebat daripada peminat.Menurut laporan New Kerala, muzik video lagu berkenaan mendapat tontonan sebanyak enam juta hanya dalam masa seminggu ia dilancarkan di Youtube.Aktor berusia 49 tahun itu turut mendapat pujian di ruang komen berhubung suaranya yang lunak dan merdu selain muzik lagu berkenaan yang menyentuh hati."Salman mungkin bukan penyanyi profesional tetapi suaranya sangat merdu," kata salah seorang peminat.Lagu berkenaan adalah sebagai lagu tema filem Hero lakonan Athiya Shetty dan Sooraj Pancholi yang akan berada di pawagam pada 11 September depan.



1 Komentar:

Write Komentar
25/8/15 2:31 PTG delete

boleh tahan juga suara dia...

Reply
avatar