Selasa, Ogos 25, 2015

Khairy Jamaluddin Enggan Ulas Isu Letak Jawatan; Tinggalkan Bilik Mesyuarat Selepas Diaju Soalan



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mempedulikan pertanyaan mengenai desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri. Khairy yang ditanya berhubung desas-desus itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin bertindak meninggalkan bilik mesyuarat di tingkat 38 Menara Dato’ Onn, tempat di mana mesyuarat Exco Pemuda diadakan tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Khabar angin mengenai peletakan jawatan beliau sebagai menteri bertiup kencang di kalangan anggota pergerakan itu sendiri ekoran beberapa kenyataannya yang lantang mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penyaluran dana berupa derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - mstar