Rabu, Ogos 19, 2015

Kerana Sebiji Strawberi Lelaki Melayu Ini Dimaki Peniaga Cina



Pertamanya, tajuk entry ni macam ni bukan sebab nak cetuskan elemen perkauman atau seumpamanya. Dah memang begitu kejadian yang dilaporkan dalam portal mynewshub. Menurut seorang lelaki bernama Abd. Halim insiden berlaku di Pasar Malam Cameron Highlands, apabila ibu mentuanya merasa dulu sebiji buah strawberi sebelum membelinya. Perbuatan itu menyebabkan peniaga perempuan berbangsa Cina memaki mereka dalam bahasa Cina.Malangnya, perbuatan maki tersebut difahami Abd. Halim dan bertindak membayar RM2 untuk sebiji buah strawberi yang telah dirasa itu. Begitupun, mangsa turut memberitahu bahawa dia boleh memahami kata-kata makian yang ditujukan menyebabkan peniaga lelaki Cina pula bertindak menghamburkan kata-kata makian yang lebih kesat. Boleh baca screencap di bawah untuk cerita penuh...


Bagi Muz sendiri, insiden ini tak ada kaitan dengan isu perkauman. Berbalik kepada sikap individu itu sendiri. Nak kata peniaga Cina saja bersikap macam tu tak adil, sebab ada saja peniaga lain pun lebih kurang perangai sama. Ada juga pelanggan sendiri yang buat perangai. Kalaulah sebelum rasa strawberi tu tanya dulu boleh rasa atau tidak, mesti kes ni takkan jadi kan? Yalah, kalau setiap orang yang datang kedai, setakat rasa tapi tak beli, lama-lama rugilah dia. Dan kalaulah peniaga itupun tegur dengan bahasa yang sopan mesti tak ada yang terasa hati kan? Sebab itu terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan badan merana.

1 Komentar:

Write Komentar
MG schmidt
AUTHOR
19/8/15 12:16 PTG delete

banned kedai ni kalau p cameron ! huhu

Reply
avatar