Ahad, Ogos 02, 2015

Kenyataan Ahmad Maslan Sememangnya 'Lawak Antarabangsa' - Muhyiddin



Kenyataan 'esok tidak lagi PRU' oleh Datuk Ahmad Maslan sememangnya 'lawak antarabangsa' kerana ia tidak masuk akal, kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau turut menyifatkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sebagai seorang yang angkuh. "Ada seorang yang angkuh ni yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan yang kata esok bukan pilihan raya. "Ia seperti bila seorang ibu tanya anaknya apa dia hendak jadi bila dia besar dan anaknya jawab 'esok saya masih budak, mak'," ucap Muhyiddin pada persidangan UMNO Bahagian Kluang di Kompleks Pekan Rabu, pada Ahad. - Awani