Khamis, Ogos 13, 2015

Kenapa Diana Danielle Sering Elakkan Diri Daripada Media?



Selain kisah kehamilan kedua Diana Danieller, pihak media turut menanyakan soalan mengenai sikap Diana yang sering kali mengelakkan diri daripada bertemu pihak media ketika berada di majlis-majlis rasmi. Lantas, Farid memberitahu ia di luar bidang kuasanya untuk mengulas lanjut dan menganggap itu perkara biasa bagi ibu yang sedang hamil. “Diana  untuk hamil yang kali kedua ini, dia tiada alahan yang teruk atau ‘morning sickness’ cuma emosi dia sahaja yang agak kurang stabil. “Dia tak boleh berdiri lama-lama dan  duduk kereta lama-lama, nanti dia akan resah, begitu juga kalau pihak media ada pernah bertemu dia di mana-mana majlis. Secara tiba-tiba Diana hilangkan diri, maknanya dia memerlukan ruang untuk berehat dan sebagainya. “Benda utama yang saya beri perhatian ialah pemakanan Diana. Saya akan pastikan dia akan makan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi berada dalam keadaan sihat dan seimbang,” katanya mengakhiri bicara. - Murai