Khamis, Ogos 13, 2015

Kembara Sufi Travel Buka Peluang Melancong Bersama Norman Hakim & Memey Suhaiza




Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkongsi kegembiraan dilantik sebagai selebriti jemputan melancong bersama peminat anjuran Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd. Kata Norman, mereka ditawarkan rakannya yang kebetulan sebelum ini berkolaborasi dalam beberapa aktiviti ceramah perniagaan dan motivasi di beberapa negeri.“Seorang rakan perkenalkan kami kepada Kembara Sufi. Kebetulan agensi itu mencari cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan mereka sebelum ini dan kami diundang sebagai perantara.“Selalunya saya dan isteri suka melancong sendiri. Destinasi tak penting, yang penting momen apabila melancong,” katanya.Norman akui tertarik dengan konsep ditawarkan agensi, konsep percutian kekeluargaan dan setiap lokasi dipilih ada tazkirah dan perkongsian menarik mengenai tempat dilawati.“Apabila ditawarkan peluang itu, Memey paling teruja kerana dapat merasai peluang melancong bersama peminat sambil membeli-belah dan melakukan aktiviti bersama,” katanya. - Metro