Jumaat, Ogos 07, 2015

Karl Shafek Risau Belum Kahwin Sehingga Usia Meningkat



Pelakon Karl Shafek meluahkan rasa risau kerana masih belum berkahwin walaupun usia semakin meningkat tua.Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 35, berkata, dia enggan menjadi seperti dua abangnya yang mendirikan rumah tangga selepas berusia 40 tahun, namun terpaksa akur andaikata jodohnya lambat tiba."Dahulu saya pernah meletakkan sasaran berkahwin pada usia 28 tahun, siap nak masuk risik dan tunang, tetapi jodoh  tak panjang pula."Kemudian saya meletakkan sasaran 35 tahun tetapi sehingga kini teman wanita pun tidak ada. Risau juga saya tak kahwin-kahwin lagi. Kalau boleh, tak mahulah kahwin lambat. "Mak saya tidak pernah bertanya tentang hal-hal berkaitan cinta tetapi pada sambutan raya baru-baru ini, dia tanya, 'takkan yang dulu tu last girlfriend?' Saya terkedu," katanya kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar
7/8/15 3:19 PTG delete

ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah...

Reply
avatar