Selasa, Ogos 11, 2015

Jualan Online Jana RM300,000; Memey Suhaiza & Norman Hakim Sepakat Buka Butik



Pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut tidak melepaskan peluang yang ada dan mula berjinak dalam bidang jualan pakaian secara atas talian tahun lepas dan hasilnya mereka telah menjana lebih daripada RM 300,000. Mendapat reaksi positif daripada pengguna dan pulangan perniagaan yang agak memberangsangkan, pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk melebarkan sayap mereka dan membuka sebuah butik di Dataran Wangsa Melawati dengan jenama mereka sendiri iaitu Melylana.