Sabtu, Ogos 29, 2015

Jualan Kereta Tak Laku; NAZA Automotive Berhentikan 300 Pekerja?


Pemberhentian tersebut melibatkan 255 kakitangan, 30 Jawatankuasa NAM dan selebihnya kakitangan pentadbiran.Kesemua kakitangan yang diberhentikan itu diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Seri Zaleha di Gurun Kedah.Dalam satu atur cara majlis program yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider, majlis perpisahan diadakan hari ini turut disertai Ketua Pegawai Operasi NAM Roslan Abd Ghani dan ucapan pegawai Jabatan Tenaga Kerja.Semasa majlis sama, semua kakitangan juga diberi surat pemberhentian kerja.



NAM merupakan salah sebuah syarikat pengeluar kereta di bawah Kumpulan Naza yang memulakan operasi pada Mei 2004.Menurut maklumat daripada laman rasminya, NAM memiliki 1,000 tenaga kerja dan menjalankan kerja pemasangan kereta Peugeot dan Kia untuk pasaran tempatan dan luar negara.Jualan kenderaan keseluruhan pada Julai tahun ini susut kepada 58,646 unit daripada 60,269 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2014.Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata jumlah yang rendah itu disebabkan jualan kurang memberangsangkan dalam segmen kenderaan penumpang dan komersial.Jualan kenderaan penumpang pada Julai merosot kepada 52,636 unit berbanding 53,576 unit pada bulan yang sama tahun lepas, manakala jualan kenderaan komersial turun kepada 6,010 unit daripada 6,693 unit sebelum ini.


Dari Januari hingga Julai, jualan kenderaan keseluruhan susut kepada 380,830 unit berbanding 393,425 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata MAA yang dipetik dalam laman rasminya.MAA sebelum ini juga meramalkan jualan kereta tahun ini bakal menyusut akibat pelaksanaan GST kerana orang ramai mengambil sikap tunggu dan lihat. - TheMalaysianInsider