Selasa, Ogos 18, 2015

Hubungan Dengan Najib; Hanya Sultan Johor & TMJ Tahu; Orang Lain Jangan Buat Spekulasi



Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi selepas Anggota Majlis Tertinggi Umno itu mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah di antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam sebuah perkongsian di laman Facebook Johor Southern Tigers semalam, Tunku Ismail berpendapat seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar."Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut."Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum," katanya.Sabtu lepas, Mohd Puad memberitahu bahawa tidak ada sebarang masalah hubungan di antara Sultan Johor dan Perdana Menteri. - Sinar