Jumaat, Ogos 07, 2015

Hisap Vapor, Haram!



Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Bade­rudin Ahmad turut mengeluarkan hukum bahawa menghisap rokok elektronik atau vapor adalah haram dalam Islam kerana ia memudaratkan kesihatan. Beliau berkata, sebarang perbuatan sama ada makan, minum atau menghisap sesuatu bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang, hukumnya adalah haram. “Dalam Islam, apa sahaja yang boleh memudaratkan kesihatan, ia adalah haram,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Kosmo! semalam berhubung kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mengeluarkan hukum bahawa menghisap rokok elektronik atau vapor adalah haram dalam Islam.