Khamis, Ogos 13, 2015

Hazami Masih Hidup; Henti Sebar Khabar Angin




Penyanyi dan penggubah lagu, Hazami, 40, meminta masyarakat tidak terpedaya dengan khabar angin kononnya dia meninggal dunia seperti yang tersebar di media sosial malam tadi. Menafikan fitnah itu, pengurusnya Aszuad Zakaria berkata, Hazami berasa terganggu sejurus berita palsu itu disebarkan kerana dia menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan kesahihan. “Memang dia sangat tertekan dan terganggu dengan berita palsu itu. Perkara ini tidak patut dijadikan bahan gurauan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Hazami meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin itu. Dia sedang beransur sembuh," katanya. - Metro