Selasa, Ogos 25, 2015

[Gambar & Video] Pesawat Hunter Hawker Terhempas Di Tengah Jalan Raya



Seramai 11 orang dipercayai telah terkorban selepas pesawat vintaj milik tentera telah terhempas di tengah jalan raya yang sibuk berhampiran kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England, kata polis, semalam.Tujuh kematian telah disahkan selepas Hunter Hawker terhempas dimana ia pesawat berkenaan mula dibangunkan pada tahun 1950-an itu telah gagal membuat pusingan gelungan dan terhempas ke dalam lalu lintas bersebelahan dengan pertunjukan udara Shoreham berhampiran Brighton pada Sabtu lalu. Kemalangan itu menyebabkan satu letupan kuat yang menyebabkan awan tebal yang dihasilkan oleh asap tebal yang terhasil selepas pesawat berkenaan terhempas di mana beberapa buah kenderaan di atas jalan dilihat turut dijilat api.