Rabu, Ogos 19, 2015

[Gambar] TMJ Bawa Pemain JDT Melawat Kolam Buaya Di Istana



Riak wajahnya memang tampak tegas, namun Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sememangnya seorang yang kelakar dan gemar berseloroh.Baru-baru ini, pemain pasukan Johor Darul Takzim telah diberikan ‘kejutan’ oleh TMJ apabila mereka dibawa Tuanku untuk melawat ke kolam buaya miliknya.Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Facebook Johor Southern Tigers, ia memaparkan TMJ sedang menunjukkan kolam buayanya kepada pemain JDT dan dalam masa yang sama, TMJ secara berjenaka mengingatkan mereka untuk bermain dengan lebih baik pada masa akan datang.TMJ yang baru sahaja selesai bermain Polo di istananya telah menjemput pemain-pemain ini untuk melawat di sekeliling perkarangan Istana Pasir Pelangi sebelum mereka memulakan latihan seperti biasa. Seorang pengguna Facebook dilihat memberi gurauan dengan cuba memberikan dialog yang dipertuturkan oleh TMJ kepada pemain JDT. “TMJ cakap lu org kalah lagi dua game ni, gua baling lu orang dalam mulut buaya,” seloroh Mohd Fitri Rahmat dalam ruangan komen. – MYNEWSHUB.CC