Rabu, Ogos 26, 2015

[Gambar] Bomba Selamatkan Kucing Tersepit Di Enjin Kereta Undang Perhatian Netizen



Baca caption dalam gambar di atas pun pembaca dah tahu apa inti pati entri ini. Ya, pasukan bomba bukan sahaja popular dengan kerjaya memadamkan api, tetapi juga dalam menyelamatkan binatang seperti kucing yang tersepit ini! Menurut maklumat, dalam kejadian pada 21 Ogos itu, satu panggilan diterima pada jam 1 tengahari memberitahu tragedi yang berlaku di Jalan Anggerik Aranda 31/20 Kota Kemuning. Kurang dari lima minit, anggota dari balai di Kota Kemuning tiba di lokasi untuk membebaskan haiwan kecil kesayangan Rasulullah SAW. Haiwan malang tersebut dikatakan tersepit pada bahagian belting kereta jenis MPV  Naza Ria sewaktu kereta tersebut hendak dihidupkan. Tindakan cekap dari anggota Bomba telah berjaya menyelamatkan kucing terbabit namun haiwan tersebut mengalami patah kaki akibat daripada bahagian enjin kereta yang panas telah mengenai kakinya. Pemilik kucing tersebut seterusnya menghantar ke klinik haiwan untuk memberikan rawatan. - Mynewshub