Isnin, Ogos 17, 2015

[Full Video] Mikrofon Ziana Zain Terpelanting Ketika Membuat Persembahan Di Kuala Lumpur Fashion Week


Kuala Lumpur Fashion Week 2015 yang berlangsung pada minggu lalu dengan kemuncaknya pada malam tadi dengan seleksi rekaan fashion rekaan pereka duo Rizman Ruzaini mengambil pentas peragaan di pusat beli belah terkenal ibu negara Pavillion Mall. Malam tadi, rekaan eksklusif Rizman Ruzaini diperagakan para model, lebih istimewa kerana ini merupakan ulang tahun kesepuluh kerjaya pereka duo yang cukup popular dalam kalangan selebriti tempatan tanah air itu. Melengkapkan keistimewaan majlis adalah persembahan istimewa oleh 3 orang penyanyi terkemuka tanah air, dimulakan dengan Anuar Zain, diikuti Ning Baizura dan diakhiri Ziana Zain. 


Ziana tampil menawan hasil sentuhan persalinan turqoise oleh Rizman Ruzaini membawakan lagu Xo nyanyian asal Beyonce dengan randisi tersendiri. Semuanya nampak baik sehinggalah kepada high note ending lagu tersebut juga melantun cantik daripada vokal penyanyi senior berusia 47 tahun itu. Cuma, barangkali satu kejutan kepada semua hadirin apabila mikrofon yang berada di tangan Ziana itu terpelanting apabila pegangan tangan selebriti itu terlepas ketika aksinya yang membelakangkan tangan sebagai simbolik penutup persembahan. Sesuatu yang comel tentu sahaja, aksi wajah terkejut dan comel yang ditunjukkan Ziana, selain pergi mendapatkan kembali mikrofon tersebut dan tergelak sambil mengucapkan "That's the end!". 
video

Tindakan selamba itu, membuatkan rakan-rakan artis tersebut berdiri memberikan standing ovation sebagai tanda sokongan yang antara lain dimulakan terlebih dahulu oleh aktres Fazura, sebelum disertai hadirin yang lain bersama tepukan gemuruh dan sorakan kuat. Sebelum ini, aksi penyanyi tersadung di pentas, terlupa lirik, tersilap melodi, mungkin biasa kita lihat, dan aksi terpelanting mikrofon mungkin inilah yang pertama kali. Apapun, Ziana Zain as a profesional singer berjaya menangani situasi tersebut dengan baik! Kak Ziana, you was cute at that ending! Hehehe...  

video

1 Komentar:

Write Komentar
Kay
AUTHOR
18/8/15 1:04 PTG delete

tajuk lagu tu xo je.

Reply
avatar